Â
Satu usul menggantung Lip Eng selama enam bulan dijangka dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, pagi ini yang akan menjadi sebahagian agenda Kertas Perintah perjalanan Dewan Rakyat, pada Selasa.
Â
Lip Eng berdepan tindakan itu kerana didakwa biadab apabila menjerit kepada Pandikar sambil mempertikai jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat disandang Pandikar itu sebagai ‘dilantik’ dan bukan dipilih pengundi ketika sesi perbahasan Bajet Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 25 Oktober lalu.
Â
Pandikar menegaskan, jawatan yang disandang itu diundi Ahli Parlimen dan bukannya dilantik semata-mata.
Â
Penghinaan terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat yang menjalankan tugas sebagai pengerusi dewan turut menjurus kepada penghinaan terhadap Dewan Rakyat, sekali gus mencemarkan nama baik dan prestij institusi Parlimen negara.
Â
Pandikar dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat sejak 28 April 2008 berdasarkan Perkara 57 Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan. – BH Online