MP DAP mahu BN sediakan pelan jangka panjang pembangunan India

Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran berkata Barisan Nasional perlu merangka dan membawa pelan berkenaan.

“Kerajaan BN perlu berlaku adil dalam membangunkan komuniti India di negara ini supaya tidak ketinggalan dalam arus kemajuan negara.

“Jika benar BN ikhlas terhadap kesejahteraan komuniti India negara ini, pelan dan dasar pembangunan masyarakat India perlu dibawa segera.

“Presiden MIC Subramaniam perlu mengumumkan segera tempoh atau jangka masa tetap pelaksanaan segala rancangan dan dasar pembangunan ini,” katanya.

Populasi penduduk India di negara ini didakwa semakin merosot dan Subramaniam pernah menegaskan kononnya pemimpin BN sentiasa mengambil berat tentang masa depan komuniti India yang sejahtera.

“Subramaniam yang pernah berkata akan bersuara untuk tujuan itu, perlu menyenarai dan mengumumkan rancangan kerajaan untuk masyarakat India,” katanya.

Isu sekolah Tamil, matrikulasi, ujian kemasukan Universiti Awam dan pelbagai kepentingan yang melibatkan komuniti India perlu dititikberatkan segera,” seru Kulasegaran lagi. – Tamil Nesan

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal