Motosikal kuasa tinggi terbakar, penunggang rentung

Menurut laporan BH Online, dalam kemalangan kira-kira jam 12 tengah malam berhampiran Hentian Rehat Senawang, Ahmad Tarmiji Hussin, 54, yang menunggang KTM 950 Adventure dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur, dipercayai melanggar belakang sebuah kereta sebelum terbabas dan terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd Fuad Majid, berkata sebuah jentera bersama lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam.

“Anggota bomba mengambil masa tiga minit untuk memadamkan kebakaran. Motosikal itu musnah sepenuhnya dan kita menemui mayat seorang lelaki rentung berhampiran motosikal itu,” katanya di Seremban pada Ahad.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) dan kes diserah kepada polis, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia