Mohon maaf kepada TMJ

Syed Saddiq berkata, Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh perlu membuat permohonan maaf kepada Tunku Ismail dan menjawab tuduhan penyelewengan wang rakyat Kelantan berkenaan pembelian kereta Porsche Panamera miliknya.

“Saya nak ingatkan Anuar Musa untuk cermin diri sendiri dahulu sebelum mempertikaikan urus tadbir kelab bola sepak JDT yang diterajui TMJ.

“Selesaikan dahulu masalah masalah yang sedang melanda KAFA. Jangan tinggalkannya begitu sahaja dan harapkan kerajaan persekutuan/negeri untuk ‘bail out’ KAFA menggunakan wang rakyat Malaysia kerana kegagalan Tan Sri untuk mengurus tadbir KAFA dengan baik,” kata Naib Presiden PPBM itu merujuk kepada Annuar.

Beliau berkata, selain itu, hanya katak dibawah tempurung yang akan menafikan transformasi yang dibawa oleh Tunku Ismail terhadap pembangunan kelab JDT yang telah pun berjaya menyatukan Bangsa Johor dan mengembalikan maruah bola sepak negeri Johor seterusnya mengubah landskap bola sepak negara.

“Sebelum Stadium Larkin diambil alih oleh JDT, kualiti stadium tersebut sangat teruk. Kerusi patah dengan cat sudah pudar, tandas kotor, dan kualiti padang tidak sebaik sekarang.

“Sekarang, dibawah pengurusan Kelab Bolasepak JDT dan TMJ banyak pembaharuan telah dilakukan. Pembaharuan yang mengembalikan roh bola sepak ke Johor,” kata Syed Saddiq lagi.

Tunku Ismail sebelum ini memberi amaran kepada Annuar yang juga Ketua Penerangan Umno agar tidak ‘menjolok sarang’ tebuan dengan menyentuh isu pengurusan bola sepak di Johor kerana tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hampir dan Johor merupakan kubu kuat parti pemerintah.

Melalui laman Facebook Johor Southern Tiger, Tunku Ismail mengingatkan Annuar agar tidak menjadi liabiliti kepada Umno dan beliau harus bertanggungjawab terhadap kegagalan KAFA berbanding mencari kesilapan orang lain.

Tunku Ismail berkata, Annuar seharusnya bertanggungjawab dalam masalah kegagalan KAFA dan tidak melarikan diri.

Beliau turut menasihati Annuar agar menyelesaikan hutang KAFA sebanyak RM6.7 juta terlebih dahulu sebelum bercakap hal-hal yang lain.

“Janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati.

“Pandangan ikhlas dari saya, dulu masa Dr Mahathir Mohamad bagi awak duit yang banyak untuk menangkan kembali Kelantan, untuk anda gunakan wang tersebut sebaiknya demi kebajikan rakyat, bukan untuk beli sebuah kereta Porsche Panamera,”kata Tunku Ismail.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri