Mohamad Sahar selamat tiba di tanah air

Menurut isterinya, Hawiyah Ahmad, 57, Mohamad Sahar, 57, yang merupakan Ketua Kerani Kolej Kemahiran Tinggi Mara Negeri Sembilan menunjukkan reaksi positif sepanjang 13 jam penerbangan menaiki pesawat Malaysia Airlines Berhad MH03 dari London.

“Alhamdulillah, suami dalam keadaan stabil dan lebih positif, sepanjang perjalanan nampak dia sentiasa membuka mata serta mengangkat tangan seolah-olah mengetahui akan pulang ke tanah air.

“Suami terus dikejarkan menaiki ambulans ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya yang terharu dan mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kesihatan Mohamad Sahar ketika ditemui di Sepang pada Selasa.

Hawiyah mengiringi perjalanan suami menaiki sebuah pesawat khas yang diubahsuai dengan peralatan perubatan bersama anaknya, Muhamad Fahdli, 30; Amirah, 29, dan Atikah, 27.

Sebelum ini media melaporkan impian Mohamad Sahar untuk menghadiri majlis graduasi anak perempuannya, Atikah di London berakhir, apabila beliau diserang angin ahmar setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London pada 4 Julai lalu.

Mara telah mendahulukan wang sebanyak RM160,281 untuk perbelanjaan perubatan, namun setelah hampir sebulan di rawat dan tiga minggu berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), bil rawatan Mohamad Sahar kini mencecah RM245,764 dan terus meningkat berikutan rawatan sehari yang bernilai RM10,685.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) Khidmat Pengurusan) Azhar Abdul Manaf. – Kosmo! Online

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia