Misi mencari MH370 digantung dua minggu lagi

Menurut beliau, keputusan itu dibuat kerana sehingga kini pasukan pencarian tidak menemui sebarang petunjuk baharu yang berwibawa bagi membolehkan usaha berkenaan diteruskan di kawasan lain.

Tambah Liow, keputusan berkenaan selaras dengan persetujuan tiga pihak iaitu Malaysia, China dan Australia yang dicapai sebelum ini dengan menetapkan bahawa misi pencarian akan digantung apabila gerakan mencari di kawasan seluas 120,000 kilometer persegi yang sedang dilaksanakan selesai.

“Kalau tak ada petunjuk yang jelas dan sahih, kita perlu gantung (misi). Sekarang kita diperingkat akhir (pencarian), tinggal satu atau dua minggu lagi kita akan selesai misi mencari di kawasan seluas 120,000 kilometer persegi.

“Walaupun ada (pihak) yang mengatakan mungkin terdapat kawasan lain, tapi itu semua hanya berdasarkan andaian. Kita tak ada petunjuk berwibawa untuk mencari di kawasan yang dikatakan itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Kawasaki 2017 di Plaza Tol Sungai Besi di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Pada 22 Julai tahun lalu, Liow mengumumkan penggantungan pencarian MH370 apabila usaha mencari meliputi kawasan seluas 120,000 kilometer persegi selesai dijalankan.

Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada radar sebaik-baik berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Berikutan itu, operasi besar-besaran dilakukan di selatan Lautan Hindi, kawasan pesawat itu dipercayai mengakhiri penerbangannya setelah melencong daripada laluan asalnya. -mStar

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia