Misha selamat lahir bayi lelaki

Bayi sulung seberat 2.05 kilogram itu dilahirkan secara normal, namun pra matang selepas ia dilahirkan tiga minggu awal daripada tarikh jangkaan.

“Alhamdulillah walaupun saya melahirkan bayi pra matang, tetapi semuanya berjalan dengan baik, pantas dan begitu lancar. Saya sendiri seperti tidak percaya telah selamat bersalin awal tiga minggu daripada tarikh jangkaan yang diberikan oleh doktor saya iaitu Doktor Profesor Mohd. Hashim Omar.

“Saya memohon diberikan sedikit ruang untuk menumpukan perhatian kepada anak yang masih di bawah pengawasan doktor kerana melahirkannya secara pra matang.

“Saya dan bayi berada dalam keadaan sihat. Insya-Allah, tiada apa yang membimbangkan cuma saya sedang menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baharu ini,” ujar Misha memetik laporan Kosmo Online.

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran