Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan MIC Negeri Sembilan ke-70 di Seremban semalam.
“Kesemua 28 kerusi yang dimiliki MIC tidak akan diserahkan dalam apa jua keadaan sekali pun kepada sekutu lain dalam Barisan Nasional kali ini. Itu tidak akan berlaku,” katanya.
Beliau merangkap ahli Parlimen Segamat juga menjelaskan para pemimpin MIC negeri, Bahagian dan Cawangan sudah diminta menggerakkan jawatankuasa kerja dengan segera untuk bertemu komuniti India dari rumah ke rumah untuk meraih sokongan mereka untuk kemenangan calon MIC dibawah BN.
“Pemimpin semua peringkat MIC di negeri ini sudah diperintah bertindak segera dalam perkara ini, supaya pentingnya kembalikan sokongan komuniti India kepada BN menjelang PRU-14 nanti,” ujarnya lagi.
Tambah beliau, masih terdapat antara 30 hingga 40 peratus komuniti India belum mendaftarkan diri sebagai pengundi.
“Saya mahu isu ini diberi penekanan sangat serius dan saya juga mahu setiap ahli MIC juga memastikan mereka juga sudah mendaftarkan diri sebagai pengundi sah.
“Ini menjadi tugas pemimpin MIC untuk meneliti dan mengesahkan supaya tiada pengundi tercicir hak memilih wakil rakyat yang benar-benar mewakili suara mereka nanti,” tegasnya lagi. – Malaysia Nanban