Akhbar Makkal Osai berkata, kepimpinan MIC perlu mengenal pasti calon-calon mereka untuk dihantar berkhidmat di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.
“Misalnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertanding di tempat asalnya di Pekan, Pahang…Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bertanding dan menang di Bentong, Pahang, tempat asal beliau.
“Tetapi, jika MIC meletakkan calon yang lahir di Selangor untuk bertanding di Kedah atau Penang, maka pasti mereka tidak akan menang,” kata akhbar tersebut.
Keputusan itu katanya perlu dibuat sekiranya MIC memerlukan keyakinan untuk berhadapan degan Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.
Perkara itu turut disuarakan menteri UMNO, Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz berkata jika MIC meletakkan individu yang bukan anak tempatan sesuatu kawasan, mereka bakal menghadapi kerumitan yang besar. –Makkal Osai