MIC parti berasaskan kasta – IPF

Beliau berkata, pihaknya tidak akan sama sekali menerima MIC sebagai ‘abang’ dalam kaum India.

“Kami tidak akan bekerjasama dengan MIC pada bila-bila masa pun. MIC beroperasi dengan politik kasta.

“Tan Sri Pandithan keluar dari MIC disebabkan kasta. Ini bukan politik yang sihat,” katanya.

Katanya, jika hendak dibandingkan dengan MIC, IPF mengamalkan politik dengan ideologi yang berbeza dan tiada keperluan untuk mengadakan perbincangan dengan MIC.

“Ketika mengadakan Perhimpunan Agung MIC, mereka tidak menjemput IPF dan bagaimana kami boleh bekerjasama dengan mereka…mereka pandang rendah terhadap IPF,” katanya.

IPF mempunyai kebanggaan sendiri dan tidak akan sama sekali menunduk kepada MIC.

“Kerajaan harus faham bahawa, jika MIC jadi pemimpin kepada kaum India, sudah pasti orang India di negara ini terpinggir dan akan hilang segala tawaran,” katanya. – Tamil Malar

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal