Tindakan campur tangan Wakaf Hindu itu yang dibawah naungan Ketua Menteri Keduanya, Prof. Dr. P. Ramasamy itu dikatakan hanya mempunyai hak demikian untuk memelihara sekadar lima rumah ibadat Hindu sahaja dan tidak boleh mengganggu kuil lain.
Ketua Penerangan MIC negeri itu Datuk Tangaveloo berkata pihaknya menerima banyak aduan daripada pengurusan kuil-kuil di negeri itu berhubung tindakan wakaf Hindu itu yang didakwa mensasarkan kuil berharta.
“Saya memandang serius perkara ini dan harap wakaf Hindu diketuai Ramasamy tidak mencampuri urusan kuil di negeri ini. Mengikut Undang-undang Yayasan Wakaf Hindu tahun 1906, wakaf itu harus henti merampas kuil-kuil.
“Alasan wakaf Hindu kononnya mengambil kuil hindu di Prai dan satu lagi dari Batu Kawan disebabkan kedua-dua premis itu didaftarkan semula dan diambil alih bagi mengatasi masalah pengurusan kuil itu adalah tidak benar.
“Kami sudah memeriksa dengan Pendaftar Pertubuhan dan dapat mengetahui perkara sebenar mengenai kuil itu,” katanya. – Malaysia Nanban