Beliau berkata, MIC tidak pernah bekerjasama dengan IPF untuk bersama-sama berkhidmat untuk masyarakat India.
“MIC sentiasa menjauhkan IPF. IPF kecewa dengan MIC, mereka tidak membangunkan masyarakat India. MIC juga sentiasa mengganggu rancangan IPF dan bukan bekerjsama,” katanya.
Malaysian Times yang memetik kenyataan Sambanthan sebagai berkata, pada sambutan ulang tahun ke-25 IPF, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, setiap parti komponen lain dalam Barisan Nasional menerima IPF sebagai parti komponen kecuali MIC.
Beliau berkata, MIC menjadi penghalang untuk IPF menjadi parti komponen.
Datuk Najib juga menggesa Subramaniam untuk mengubah sikapnya terhadap IPF dan bekerjasama.
“Baru-baru ini Najib mengadakan pertemuan dengan saya dan Presiden MIC, Datuk Dr S. Subramaniam. Dalam pertemuan itu beliau telah meminta Subramaniam untuk memimpin MIC untuk bekerja bersama dengan IPF untuk menyelesaikan pertikaian kami.
“Pada masa itu, Subramaniam bersetuju untuk dengan arahan Perdana Menteri, tetapi sudah tujuh bulan sejak mesyuarat dan MIC tidak menghubungi IPF mengenai perkara ini,” katanya.
Ia seperti tidak beri hormat terhadap Perdana Menteri, oleh itu, Najib perlu mengambil tindakan terhadap Subramaniam.
Sambanthan berkata, walaupun sudah 70 tahun MIC ditubuh, tetapi masalah kaum India masih tidak dapat diselesaikan oleh MIC.
“Jika sesuatu perkara di bawa ke MIC ia mengambil masa agak panjang untuk diselesai. Tetapi IPF berbeza, kita ambil tindakan segera,” katanya. – Tamil Malar