MIC bentang rancangan 10 tahun untuk komuniti India

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S. K. Devamany berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta MIC untuk menyiapkan satu rangka pelan Komuniti India dan mahu laporan awal rangka itu dikemukakan segera untuk penilaian sebelum dilaksanakan.

“Presiden kami Datuk Seri Dr. S. Subramaniam sedang mengadakan perjumpaan dan perbincangan khas mengenai pelan pembangunan itu setiap minggu bersama pengerusi-pengerusi MIC setiap negeri.

“Menteri Kesihatan itu juga sedang memikirkan pelbagai input bersifat ke hadapan untuk kesejahteraan mampan komuniti India untuk 10 tahun akan datang dalam pelbagai lapangan,” katanya.

Beliau menambah, dirinya terharu dengan kesungguhan Najib yang beritu mengambil berat memastikan komuniti India tidak ketinggalan dalam pembangunan negara. – Tamil Nesan

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal