MIC batal sambutan Deepavali hormati mangsa tragedi kebakaran HSA

Setiausaha Agung MIC Datuk A Sakthivel berkata keputusan itu dibuat kepimpinan parti yang sedih dan berdukacita atas kebakaran yang meragut enam nyawa itu.

“Walaupun kita telah membuat persiapan untuk majlis rumah terbuka itu pada 29 Oktober ini namun, MIC membuat keputusan untuk membatalkan majlis sambutan tersebut,” katanya kepada Bernama semalam.

Majlis rumah terbuka Deepavali anjuran MIC itu dijadual berlangsung di perkarangan Batu Caves.

Sakthivel berkata MIC memohon maaf atas pembatalan acara tradisi dan tahunan yang dijangka dihadiri 10,000 pengunjung setiap tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi kelmarin, enam pesakit maut apabila wad Unit Rawatan Rapi di tingkat dua bangunan lima tingkat HSA terbakar, manakala seorang lagi pesakit berjaya diselamatkan.

Tiga kakitangan hospital itu cedera dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail.— Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia