MIC bakal hilang kerusi DUN Batu Caves

Sebelum ini MIC pernah bertanding dan menang kerusi Sungai Tua dibawah tiket Barisan Nasional (BN). Cadangan penukaran semula nama DUN Batu Caves sebagai Sungai Tua mengembalikan identiti asal kerusi itu.

Selepas Pilihan raya Umum ke12 pada tahun 2008, kerusi itu diberi nama sebagai Batu Caves dan PAS mempertahankan kerusi itu selama dua penggal ini dengan menewaskan calon MIC, T. Mohan dan Rawichandran (Kajang Ravi).

Walaupun masyarakat India begitu ramai menetap di DUN ini, majoritinya merupakan komuniti Melayu di Batu Caves dan ia memungkinkan kerusi Sungai Tua nanti akan diletakkan calon UMNO.

Proses ini dikaitkan dengan penukaran nama DUN itu dan ia didakwa melibatkan kawasan majoriti Melayu akan dibawa masuk ke dalam DUN Sungai Tua nanti.

Kerusi Sungai Tua juga dikhabarkan akan diambil oleh UMNO sebagai salah satu strategi BN untuk merampas negeri Selangor menjelang PRU-14 nanti.

Jika ia menjadi nyata, maka MIC di ambang risiko kehilangan satu lagi kerusi DUN selepas DUN Behrang dan DUN Pasir Panjang di Perak diserahkan kepada UMNO sebelum ini. – Malaysia Nanban

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal