Ketua Bahagian MIC Cameron Highland Datuk Singgamuthu berkata, pihaknya akan mengatur strategi dan bekerja keras untuk kemenangan calon MIC kali ini.
“Bagi kami kerusi ini masih milik MIC-BN dan adalah penting kerusi ini terus dipertahankan daripada jatuh ke tangan pembangkang.
“Jadi kami akan bekerja keras kali ini untuk memastikan calon MIC BN yang akan diletakkan di Parlimen berkenaan menang besar,” katanya.
Tambahnya, MIC kini bertambah kukuh dan mereka yang sebelum ini meninggalkan parti telah kembali semula dan ini akan menguatkan lagi parti di semua peringkat.
Kekuatan parti sekali gus akan menambah keyakinan komuniti India dan menjamin kemenangan majoriti pada PRU kali ini.
“MIC memberi sokonga padu kepada presiden Datuk Seri Dr. S. Subramaniam yang bekerja keras menyatukan parti.
“Siapa juga calon yang diletakkan BN, kami akan memastikan calon itu menang besar,” ujarnya. – Tamil Nesan