MH370: Waris mohon supaya 2 peguam dari AS mewakili mereka

Peguam Michael Yap yang mewakili kesemua plaintif berkata, pihaknya memohon supaya dua peguam iaitu Steven C Marks dan Roy Kalman Altman dibenarkan membantu mengendalikan kes saman tersebut kerana kepakaran mereka dalam mengendalikan kes melibatkan industri penerbangan.

Beliau yang ditemui pemberita selepas prosiding dalam kamar Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nor Azlin Othman memaklumkan permohonan itu dibuat di bawah Seksyen 18 Akta Profesion Undang-Undang 1976 dan permohonan itu akan didengar pada 21 Oktober depan.

Peguam yang mewakili Majlis Peguam, Farez Mohd Ali Jinnah pula membantah permohonan itu dan berkata, kedua-dua peguam dari AS yang dinamakan untuk membantu perbicaraan itu tidak memenuhi kriteria bagi mewakili kesemua plaintif mengikut Seksyen 3 akta sama.

Pada 7 Mac lalu, 76 waris itu telah memfailkan saman kecuaian terhadap MAS dan empat pihak lagi berhubung kehilangan 32 orang anggota keluarga mereka semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Mereka yang terdiri daripada 66 warga China, lapan warga India dan dua warga AS turut menamakan Malaysia Airlines Berhad (MAB), ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kerajaan Malaysia selaku defendan dalam saman itu. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia