Met Malaysia beri amaran ribut petir, angin kencang

Keadaan berkenaan menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) khususnya, di perairan Kedah, Pulau Pinang, Pahang dan Johor.

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), dalam satu kenyataan pada Rabu turut memberi amaran ribut mungkin berlaku di perairan Phuket, Selat Melaka Selatan, Tioman, Bunguran dan Reef South.

Sementara itu, ribut petir, hujan lebat beserta angin kencang dijangka berterusan sehingga awal malam esok berisiko menyebabkan kejadian angin kencang dan banjir kilat.

Sehubungan itu, penduduk di Perak (Daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Muallim dan Batang Padang); Selangor (Daerah Gombak, Petaling, Klang dan Hulu Langat); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Wilayah Persekutuan Putrajaya, Pahang (Daerah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera, Kuantan dan Jerantut) dan Terengganu (Daerah Kemaman) diarahkan bersiap siaga serta mengambil langkah berjaga-jaga. – Berita Harian

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia