Mesyuarat khas isu air negara 26 Mei depan

Menterinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata mesyuarat itu nanti membabitkan tiga kementerian yang berkaitan akan membincangkan isu terbabit

Mesyuarat diketuai Majlis Sumber Air Negara (MSAN) akan turut disertai Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

“Mesyuarat itu nanti akan menyentuh pelbagai perkara, termasuklah penentuan peranan Kerajaan Pusat dan negeri di kawasan kelabu berhampiran empangan bagi menyelesaikan pertindihan kuasa berhubung pengurusan air.

“Air di dalam sungai adalah di bawah kuasa negeri dan terpulang pada mereka bagaimana mahu uruskannya, dan apabila air itu memasuki empangan, ia menjadi tanggungjawab persekutuan.

“Bagaimanapun, persoalan timbul pada kawasan kelabu seperti kawasan takungan air berhampiran sungai dan empangan, siapa yang bertanggungjawab.

“Kami mencadangkan Kerajaan Persekutuan memainkan peranan lebih besar bagi memastikan sumber air terus menjadi aset penting negara pada masa depan,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia