Messi melencongkan bola sepakan percuma menarik pada minit ke-32 untuk muncul penjaring terbanyak Argentina dengan 55 gol tatkala kempen tuan rumah Amerika Syarikat berakhir dengan penuh mengecewakan di depan 70,858 peminat yang membanjiri Stadium NRGHouston.
Pemain lima kali terbaik dunia itu kini sudah menghasilkan lima gol di Copa America tatkala dia menanam impian untuk mengetuai Argentina memburu trofi pertama dalam tempoh 23 tahun.
Bintang sensasi Argentina itu turut mengumpan gol pembukaan Ezequiel Lavezzi dan terbabit dalam gerakan gol ketiga yang dijaringkan Gonzalo Higuain pada minit ke-50.
Messi kemudian membuat hantaran untuk jaringan kedua Higuain empat minit sebelum tamat perlawanan.
Argentina kini akan bertemu pemenang perlawanan antara Chile atau Colombia di pentas final yang akan berlangsung di East Rutherford, New Jersey. – AFPÂ