Meskipun demikian, tidak bermakna Najib bersalah -Rahman Dahlan

Menurut beliau, meskipun istilah berkenaan digunakan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) bagi merujuk kepada Perdana Menteri, namun itu tidak menjadikan Datuk Seri Najib Razak sebagai pesalah sebenar.

Menurutnya, ramai lagi yang dirujuk oleh DOJ, bagaimanapun tiada seorang pun termasuk MO1 dinamakan sebagai subjek penyiasatan.

“Seperti yang boleh disahkan oleh mana-mana peguam, perbezaan antara dinamakan sebagai subjek dalam saman sivil, dan sekadar menjadi rujukan dalam siasatan, ibarat hitam dan putih,” katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan pada Khamis.

Hari ini, BBC News mengeluarkan satu artikel yang mendakwa Perdana Menteri adalah ‘Malaysian Official 1, menerusi temu bual bersama Abdul Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional.

Sementara itu, Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut mengulas tentang tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sering memberi kenyataan mengelirukan dalam isu ini.

“Tun Dr Mahathir Mohamad dan sekutunya dalam barisan pembangkang sengaja mencampur-adukkan kedua-duanya bagi mengelirukan rakyat Malaysia.

“Kegagalan tunjuk perasaan anjuran proksi mereka dalam mempersoalkan siapa MO1 adalah tidak relevan, memandangkan MO1 tidak menjadi subjek dalam sebarang saman sivil DOJ,” katanya lagi.

Katanya lagi, selepas siasatan menyeluruh oleh beberapa pihak berkuasa, Perdana Menteri ternyata bebas daripada sebarang salah laku.

“Justeru, usaha Tun Mahathir memburukkan beliau terus gagal ,seperti mana semua perancangannya untuk menggulingkan kerajaan Malaysia yang dipilih secara demokratik,” jelasnya,

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri