Mesin ATM dan peti besi disamun, pasaraya rugi RM1.14 juta

Dalam kejadian 2.15 pagi itu, tujuh suspek yang dipercayai warga asing bertindak mengikat empat pengawal keselamatan sebelum mengurung mereka di dalam sebuah stor di dalam pasar raya tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd. Aziz Wan Hamzah berkata, mereka kemudiannya memecah dua mesin ATM dipercayai menggunakan gas Oxy-Acetylere manakala tiga peti besi pula ditebuk dengan mesin pemotong besi.

“Sejurus selesai mengambil kesemua duit dalam mesin ATM dan peti besi itu yang dianggarkan berjumlah RM1.14 juta, kesemua penjenayah yang bersenjatakan parang dan sepucuk pistol bertindak melarikan diri pada pukul 6.30 pagi,” katanya, memetik laporan Kosmo Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia