Komander Esscom, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata ini kerana perkara yang disebarkan sejak Selasa itu adalah tidak benar sama sekali.
“Tidak ada apa-apa yang berlaku sepertimana yang diviralkan dalam audio dan sebagainya…Abaikan WhatsApp viral sedemikian,” katanya kepada Bernama di Lahad Datu pada Rabu.
Ditanya sekiranya viral itu timbul ekoran latihan yang dijalankan daripada Esscom beliau menafikan perkara itu.
“Kami tiada buat latihan pun, tiada apa yang berlaku…selepas kekecohan ini timbul, kami terpaksa mengesahkan perkara ini dengan pejabat polis daerah untuk kesahihannya,” katanya lagi.
Katanya, orang ramai tidak perlu panik dan boleh menghubungi Pusat Operasi Esscom (089-863181) atau ke balai polis berdekatan untuk mendapatkan maklumat sahih.
Semalam, satu audio berlatarkan suara lelaki menjadi viral selepas meminta orang ramai tidak pergi ke kawasan bandar atau tepian pantai berikutan kononnya berlaku pencerobohan. – Bernama