Mereka yang terpalit skandal rasuah yang sepatutnya ‘kesipuan’ -Rafidah Aziz

Menurut beliau, kedua-dua tokoh negara itu berhak dijemput memandangkan sudah menerima Anugerah Darjah Tertinggi Nehara yang sebelum ini dikurniakan oleh YDP Agong.

Malah jelasnya, Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Ali berhak untuk berada di dalam majlis tersebut dan beliau kecewa kerana seakan-akan wujudnya unsur dendam dan peribadi dalam urusan rasmi seperti majlis berkenaan.

“Mengapa jadi begini? Adakah kehadiran mereka dianggap oleh pihak-pihak tertentu akan mencemarkan majlis?

“Walhal, kehadiran sesiapa yang berpalit dan bersalut skandal rasuah, salah urus tadbir, dan sebagainya adalah sebenarnya membawa kesipuan/embarassment kepada apa juga majlis..tidakkah begitu?,” memetik status laman Facebook beliau.

Rafidah yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu dalam masa yang sama meminta untuk semua pihak berfikiran lebih matang dan profesional.

Malah beliau juga menyelar sesetengah pihak yang dilihatnya cuba mempolitikkan setiap perkara dalam setiap isu.

“Saya lihat dimasa-masa yang lepas, Ketua Pembangkang pun ada tempat dalam acara-acara rasmi kerajaan. Janganlah jatuh ke kancah dendam dan benci membenci.

“Pemimpin harus lebih matang dan berdiri mengatasi perkara-perkara yang menunjukkan fikiran cetek,” tambah beliau.

mahathir dan isteri sebelum ini telah menerima surat daripada pihak Istana Negara yang memaklumkan pembatalan undangan ke atas kedua mereka bagi majlis istiadat Angkat Sumpah Yang Di Pertuan Agong pada 13 Disember ini.

Menurut surat berkenaan, pembatalan undangan tersebut adalah disebabkan pihak istana tidak menyediakan kerusi untuk kedua mereka.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri