“Menghargai nama burger saya tetapi dengan daging babi?”, soal Ramly Burger

Ia susulan tindakan restoran makanan segera menamakan burger daging babi “P.Ramly”, yang seakan produknya.

“Saya serahkan kepada peguam untuk menasihati saya apa yang perlu dilakukan.

“Secara peribadi, tindakan undang-undang tidak semestinya cara yang terbaik, tetapi saya akan mendapatkan nasihat mereka,” katanya, memetik laporan Malay Mail Online.

Jelas Ramly, meskipun nama Ramly itu dipetik selaku ikon dalam perniagaan burger di negara ini, beliau tetap tidak menyenangi nama itu dikaitkan dengan daging babi.

“Tindakan ini salah dan mengelirukan. Menghargai nama burger saya tetapi dengan daging babi? Anda tahu betapa bahayanya tindakan itu, anda faham?” ujarnya.

Sementara itu meenjelaskan kontroversi berkenaan, pemilik “P.Ramly” yang dimiliki oleh syarikat Ninja Joe berkata perkataan “P.Ramly” bukan ditujukan kepada seniman Tan Sri P Ramlee tetapi merujuk Ramly Burger yang sudah lama bertapak sehingga menjadi “ikon”.

“Ramly Burger sudah lama bertapak di Malaysia, ia sudah menjadi ikon. Ia penghargaan buat mereka.

“Sebab itu kita gunakan nama ‘P.Ramly’. Ia tiada kaitan dengan pelakon tersebut. Ia semata-mata kebetulan. Huruf ‘P’ merujuk daging babi — ‘Pork Ramly’,” jelas pemiliknya, Kelvin Tan.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia