Mengarut! Mana ada virus HIV dalam tin buah-buahan

Beliau berkata HIV adalah virus yang hidup dalam cecair badan dan tidak boleh hidup dalam makanan dalam tin yang telah melalui proses rawatan haba pada suhu tinggi.

Katanya Kementerian Kesihatan juga telah mendapatkan pengesahan daripada kedutaan Thailand di Malaysia bahawa berita tersebut adalah tidak berasas.

“Kementerian sentiasa mengawal semua produk makanan import untuk memastikan makanan adalah selamat serta sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya orang ramai yang mempunyai kemusykilan mengenai isu keselamatan makanan, boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://www.facebook.com/bkkmhq. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia