Mengamuk di balai polis selepas bunuh ibu

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 pagi itu, individu berusia 23 tahun itu kemudian pergi ke Balai Polis Komuniti Bukit Indah dipercayai untuk menyerah diri namun tiba-tiba mengamuk di situ.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, suspek berkenaan mengamuk dan cuba menyerang anggota polis dengan menggunakan parang pendek.

“Kita berjaya memberkas suspek tersebut. Dia dipercayai berjalan kaki semasa datang.

“Ekoran daripada itu, kita pergi ke rumah suspek lalu menjumpai mangsa berusia 49 tahun berlumuran darah di ruang tamu,” katanya memetik laporan Utusan Online.

Menurut Hamzah, hasil siasatan pihaknya menemui beberapa kesan tikaman di badan dan leher mangsa.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap