Namun, tanpa disangka-sangka, ada seorang gadis manis berusia 17 tahun mencuri tumpuan kita semua. Dia yang sentiasa tersenyum bukan saja tiba-tiba dapat masuk ke final, tetapi gadis berasal daripada Cheras ini BERJAYA mengatasi dua tempat di depan Pandalela dengan mengungguli tempat ke sembilan terbaik dunia, wow!
Serius, aku tak pernah dengar nama Nur Dhabitah Sabri@ Bitah, inilah pertama kali aku dengar dan tengok aksinya. Namun percayalah, empat tahun lagi kalau dia boleh mengekalkan prestasi dan terus berusaha, dia pasti boleh berdiri antara tiga tempat teratas di Olimpik Tokyo 2020, serius.
Bila aku google mengenai Bitah, dia baru-baru ini pernah menyatakan kesedihan dalam Utusan Malaysia kerana ibu bapanya tak dapat bersamanya ke Brazil sebab harga tiket flight yang mahal. Tak mengapalah, sekarang orang mungkin tak kenal Bitah, tunggulah bila Bitah menang emas nanti, berebut company nak sponsor flight ticket parents u dik.
Apapun tq Pandalela…gud try, thanks for the Silver medal pada acara sebelum ini…untuk Bitah, selamat berjuang di pentas Sijil Pelajaran Malaysia pula lepas ni dik, abang memang salute!