Menang PRU14: PH+ bergantung kepada tiga syarat

Kajian tersebut menunjukkan PH + PPBM atau singkatannya PH+ boleh memenangi PRU14 dan menjejak kaki ke Putrajaya bergantung kepada tiga faktor. Sekiranya PH+ dapat meraih separuh sokongan daripada jumlah orang yang tidak menyokong PH+, dan ditambah pula dengan 38 peratus penyokong PAS cenderung kepada PH, kemudian mempertahankan terus sokongan besar pengundi Cina, maka pakatan pembangkang akan mempunyai peluang menang 126 kerusi Parlimen, menumbangkang kerajaan BN.

Selain itu, Invoke juga membuat lima jenis kemungkinan sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, PH dan PAS.

Pertama: Jika peratusan tidak keluar mengundi dan tahap sokongan pengundi Cina kekal seperti yang berlaku dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, maka BN akan menang 168 kerusi manakala PH pula hanya 54 kerusi.

Kedua: Jika kekal peratusan tidak keluar mengundi dan tahap sokongan pengundi Cina pada PRU13, BN akan menang 130 kerusi manakala PH pula memang 92 kerusi.

Ketiga: Jika PH mendapat separuh daripada jumlah pengundi yang tidak menyokong dan kekalkan tahap sokongan pengundi Cina seperti PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar; BN menang 135 kerusi manakala PH pula 87 kerusi.

Keempat: Jika separuh daripada jumlah tidak sokong cenderung kepada PH, 38 peratus penyokong PAS berpaling kepada PH dan kekalkan tahap sokongan pengundi Cina seperti PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, kerusi yang dimenangi BN akan berkurangan kepada 125 kerusi manakala PH pula meningkat kepada 97 kerusi.

Kelima: Jika separuh daripada jumlah tidak sokong cenderung kepada PH, 38 peratus penyokong PAS berpaling kepada PH dan kekal tahap sokongan pengundi Cina semasa PRU13, maka PH boleh menang 126 kerusi manakala BN pula 96 kerusi.

Selain itu dengan kekuatan PH+, berkemungkinan besar dapat terus mempertahankan rejim di Pulau Pinang dan Selangor. Kajian juga menunjukkan, jika berlaku pertempuran tiga penjuru sekali pun, spekulasi mengatakan BN akan menonjol adalah tidak mutlak. Dalam keadaan pertandingan tiga penjuru, cabaran yang paling besar bagi PH+ adalah untuk mendapatkan sokongan pengundi yang mula rasa jemu dengan politik semasa, dalam masa sama bergelut untuk mengekalkan tahap sokongan pengundi Melayu dalam PRU kali ini. – Oriental Daily

Related posts

Kaedah pengiraan jatuhkan Najib

“Tugasan besar” DAP

Hadi Awang “Man of the year”