Menang emas, Neymar tidak mahu jadi kapten lagi

“Akhirnya saya berjaya menjadi juara dan saya mahu menyerahkan lilitan kapten ini,” kata Neymar kepada SporTV selepas menjaringkan gol kemenangan 5-4 sewaktu penentuan penalti ke atas Jerman, awal pagi Ahad.

“Saya menerima lilitan kapten ini dengan penuh penghormatan. Ia satu penghormatan untuk menjadi kapten, tetapi mulai daripada saat ini saya bukan lagi kapten.”

Pengendali baharu skuad senior Brazil, Tite akan mengambil alih perlawanan pertama menentang Ecuador dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018 pada 1 September ini selepas Dunga dipecat susulan penyingkiran Selecao daripada saingan peringkat kumpulan Copa America.

“Saya sudah menghantar mesej kepada Tite mulai daripada sekarang dia boleh mencari kapten baharu,” tambah Neymar.

Neymar mengetuai skuad bawah-23 tahun negaranya itu sepanjang di temasya ini dan jurulatih skuad Olimpik Brazil, Rogerio Micale menyifatkan keputusannya untuk melepaskan lilitan kapten sebagai ‘hasrat yang murni ‘.

“Ia adalah hasrat yang murni daripada Neymar untuk menyerahkan kepada Tite bagi membuat keputusan mengenai siapa yang layak menjadi kapten,” kata Micale. – AFP

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2