Memang benar saya dan Ruhainies bercinta – Azrel Ismail

Azrel, 31, ketika ditemui berkata, walaupun bercinta, mereka belum memikirkan soal perkahwinan.

“Memang benar saya dan Ruhainies bercinta. Doakan semoga hubungan yang baru berputik ini berjalan lancar.

“Namun, saya tidak mahu tergesa-gesa dalam soal ini memandangkan kami berdua sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon, biarlah kami mengecapi kejayaan terlebih dahulu,” katanya, memetik Harian Metro.

Sementara itu, Ruhainies yang sebelum ini menafikan dia bercinta dengan Azrel berkata, dia lebih selesa menyerahkan perkara itu kepada Azrel untuk dijelaskan.

“Selama ini saya bukan sengaja mahu mengelak untuk memaklumkannya kepada umum, tetapi lebih manis jika pihak lelaki yang berkongsi berita ini terlebih dahulu.

“Apapun hubungan yang terjalin ini masih terlalu awal. Soal jodoh dan takdir saya serahkan kepada Allah SWT,”katanya.

Sebelum ini, pasangan itu dikatakan bercinta selepas dilihat serasi bergandingan dalam beberapa drama selain ramai mengetahui persahabatan akrab yang terjalin sejak setahun lalu.

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran