Melihat 505 kembali akan sukarkan keputusan kita

Serangkap ayat “are you ready for BN?” dilaungkan. Meskipun bendera biru digantung di semua tempat sebelum PRU, namun rakyat Pulau Pinang masih tidak boleh menerimanya. Semua hiburan, makanan dan minuman yang percuma pasti akan dinikmati mereka tetapi undi pula sesuatu yang lain.

Tidak sampai empat tahun, pelbagai kejadian berlaku di pihak pembangkang dan pemerintah. Kini pengundi tidak tahu pilihan mana yang baik. Bebanan kos sara hidup telah meningkat, perniagaan sedikit merosot dan gaji tidak cukup, tidak tahu bila akan diselesaikannya.

Kita sudah melihat huru-hara yang berlaku baik parti pemerintah mahupun parti pembangkang. Retorik siapa yang akan rakyat percaya lagi? Malahan berbagai janji sudah banyak didengari selepas PRU13. Kini pilihan kita akan menjadi lebih sukar!

Setelah beberapa tahun berlalu, sudah terlalu banyak hutang ahli politik pada rakyat. Kita ambil laporan PAC setiap tahun pun sudah cukup. Istilah ‘beli barang mahal’ tidak boleh dipisahkan untuk memperbodoh rakyat. Perlu diketahui bahawa setiap duit yang digunakan untuk ‘beli barang mahal’ itu adalah hasil titik peluh dan air mata rakyat! Bagi perpisahan dan penggabungan parti politik pula, kita sekali lagi mengesahkan bahawa ‘tiada musuh atau kawan selamanya dalam politik, hanya kepentingan selamanya sahaja yang wujud’.

Oleh itu, PRU bakal tiba tidak lama lagi, “are you ready?” Ahli-ahli politik kini sedang sibuk berjalan seluruh negara, tetapi rakyat perlu ada ketetapan hati! Tidak kira siapa yang digemari anda, dalam beberapa bulan lagi, tibalah masa untuk kita berbicara pula. Jika tidak, silap jangkaan, mereka akan membawa kita ‘honeymoon’. – Kwong Wah Yit Poh

Related posts

Kaedah pengiraan jatuhkan Najib

“Tugasan besar” DAP

Hadi Awang “Man of the year”