MDKS serah notis, Kg Sri Aman akan diroboh selepas Deepavali

Susulan daripada pemberitahuan itu, penduduk kebanyakannya masyarakat India merasa panik dan menagih bantuan wakil rakyat PKR kawasan tersebut untuk mencari jalan alternatif.

Penduduk disitu mendakwa mereka tidak mempunyai arah tuju selepas sambutan Deepavali ekoran tiada kekuatan kewangan untuk memiliki kediaman baharu yang tetap.

“Memang benar kami mendapat lot tanah, tetapi tidak tahu secara spesifik lokasi kedudukan lot tanah itu.

“Jika kawasan semak sebagai tanah lot yang dikatakan, tanpa nombor lot dan meminta kami mendirikan rumah sendiri tanpa kemudahan jalan raya yang sempurna, apa kami nak buat nanti,” keluh salah seorang warga emas di situ kepada wakil rakyat S. Manikavasagam.

Mereka mahu wakil rakyat tempatan membantu mereka sehingga kerajaan membersihkan kawasan lot tanah mereka secara sempurna. – Malaysia Nanban

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal