McDonalds S’pura sudah amalkan polisi kek halal 25 tahun

McDonald’s Singapura mengkehendaki para pelanggannya yang menyambut ulang tahun di premisnya untuk menyediakan sijil halal bagi kek dibawa masuk, lapor Channel 8 News, Singapura.

Seorang jurucakap McDonald’s mengesahkan restoran rangkaian makanan segera itu telah mengamalkan dasar tersebut sejak mendapatkan pensijilan halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura pada 1992.

McDonald’s Malaysia mendapat reaksi yang berbeza selepas ia meletakkan notis bahawa ia hanya membenarkan kek yang disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Berikutan itu, restoran rangkaian makanan segera itu telah memohon maaf atas salah faham orang ramai terhadap notis yang hanya kek hari jadi halal dibenarkan di premisnya.

“Sebagai syarikat yang memberi perkhidmatan kepada semua lapisan rakyat Malaysia, kami tidak berniat untuk mewujudkan diskriminasi terhadap sesiapapun,” katatanya.

Menurut McDonald’s, ia mengamalkan polisi “Tiada makanan luar dibenarkan”; walau bagaimanapun memberi pengecualian untuk kek harijadi.

Jakim dilaporkan memuji McDonald’s Malaysia berhubung dasar McDonald’s yang hanya membenarkan kek hari jadi diperakui halal dibawa masuk ke restoran mereka.

Jakim berpandangan ia komitmen yang tinggi syarikat dalam usaha pengawalan jaminan halal di semua premis McDonald’s berteraskan Sistem Jaminan Halal (HAS).

Jun lalu, Jakim mengeluarkan kenyataan memberi jaminan bahawa McDonald’s Malaysia disahkan halal, selepas mesej palsu yang mendakwa sebaliknya menjadi viral.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia