Beliau berkata, parti itu memegang tanggungjawab dalam kerajaan disebabkan kepercayaan yang diletakkan rakyat terhadap parti itu.
“Kami tidak akan terpedaya dengan DAP. Kami akan bersama dengan kerajaan demi menjaga hak masyarakat Cina,” katanya.
Beliau mengulas soalan DAP adakah MCA berani keluar dari BN ekoran sokongan parti itu ke atas usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai Akta 355. –Tamil Malar