MCA tidak akan rebut kerusi tambahan dalam PRU14

Beliau berkata impian sesebuah parti politik adalah supaya parti dapat berkembang dengan pertambahan kerusi tetapi bukan dengan cara merampas daripada rakan parti komponen BN.

“Kami mengalu-alukan pertambahan kerusi sekiranya diberi mengikut semangat Barisan Nasional dan kami tidak bercadang untuk berebut dengan parti komponen lain sehingga wujudnya pertelingkahan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan MCA Bahagian Bagan.

Katanya jentera pilihan raya telah mula digerakkan di seluruh negeri sejak bulan Jun lepas dan sasaran parti di Pulau Pinang adalah untuk memenangi kerusi yang pernah ditandingi sebelum ini. – Tamil Malar

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal