Menerusi kenyataan pada Khamis, Ong berkata sebelum ini MCA sentiasa menyokong bekas perdana menteri itu ketika zaman susah dan senangnya.
Ong berkata demikian bagi mengulas kenyataan Dr Mahathir di blognya pada Rabu yang menyifatkan MCA sebagai sebuah parti perkauman manakala “mengagungkan DAP” sebagai parti yang menghormati Perlembagaan Persekutuan.
Ong berkata Dr Mahathir lupa bahawa MCA telah menyumbang ke arah penggubalan Perlembagaan Persekutuan bersama Umno.
“Sama ada susah atau senang…MCA sentiasa menyokong kepimpinan Barisan Nasional dan parti komponennya,” kata Ong. -mStar