MB Terengganu yakin pertahan kemenangan jika berlaku PRN

Menteri Besarnya, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata demikian sambil menyatakan kesediaan kerajaan negeri dan juga UMNO Terengganu dalam menghadapi kemelut yang melanda negeri pantai timur tersebut.

Malah jelasnya, kemelut yang melanda negeri itu tidak akan memberi pengaruh kepada kemenangan BN dan juga sekiranya terpaksa berhadapan dengan PRN.

“Kita akan meneruskan kemenangan UMNO dan BN sebagaimana yang dicapai dalam dua pilihan raya iaitu PRN Sarawak dan PRK Kuala Kangsar sebelum ini.
“InsyaAllah, UMNO Terengganu akan bertahan, begitu juga dalam PRU14 akan datang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Koperasi Negara 2016 Perinkat Negeri Terengganu di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di Kuala Terengganu pada Khamis.

Ahmad Razif bagaimanapun berkata, pihaknya sebolehnya berharap agar hanya satu pilihan raya diadakan kerana akan menelan perbelanjaan yang banyak dan akan merugikan kerajaan serta rakyat.

“Bayangkan, kita terpaksa adakan dua pilihan raya iaitu satu di peringkat negeri dan satu di peringkat parlimen, ia bukan menelan belanja yang sedikit, bila PRU nanti kena buat sekali lagi, kos akan meningkat, ia akan merugikan rakyat dan kerajaan.

“Tetapi, kalaulah keadaan terpaksa, kerajaan negeri telah bersiap sedia, Umno Terengganu bersiap sedia. Namun, demi untuk rakyat, kita minta perkara ini dipertahankan sehingga berlaku PRU yang akan diumumkan oleh perdana menteri,” katanya. –Sinar Harian

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri