MB Terengganu akur keputusan sultan

Beliau bagaimanapun akan terus taat dan setia kepada Sultan walaupun tanpa sebarang darjah dan akan terus bekerja untuk rakyat selagi memegang jawatan.

“Saya sebagai rakyat Negeri Terengganu dan Menteri Besar redha dengan apa yang sedang berlaku dan saya bertekad untuk terus membuktikan taat setia saya kepada Tuanku Sultan dan Kepentingan rakyat Terengganu akan terus menjadi keutamaan selagi saya masih memegang jawatan.

“Saya redha dan pasrah dengan apa yang berlaku dan amat memahami bahawa ini adalah hak mutlak tuanku dalam mengurniakan anugerah atau penarikan balik anugerah tersebut.

“Apa yang penting kita mesti mengambil iktibar dengan apa yang berlaku sebagai rakyat, pemimpin yang taat dan setia kepada Raja dan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum itu , Sultan Mizan Zainal Abidin melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Menteri Besar Terengganu itu berkuat kuasa Jumaat, 22 April.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada Bernama hari ini.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri