MB N9 keluar IJN esok

Pegawai Khas beliau, Zulkefli Awang, berkata keadaan Mohamad bertambah baik selepas menerima rawatan di IJN.

“Beliau berada dalam keadaan sihat ketika ini. Doktor nasihatkan beliau mendapatkan rehat secukupnya,” katanya, memetik BH Online.

Sabtu lalu, Mohamad dimasukkan ke IJN selepas mengadu kurang sihat ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Rembau di Pusat Dakwah Islamiah Paroi.

Mohamad kemudian dihantar ke Pusat Perubatan NSCMH, di Seremban, sebelum dipindahkan ke IJN berikutan rekod perubatan lengkap beliau disimpan di situ.

Beliau sempat memberitahu pening kepala kerana mengambil ubat sakit perut yang terlalu kuat, hingga menyebabkan perut tidak selesa.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia