Mazlan Aliman kekal bayar RM350 ribu fitnah FELDA

Keputusan tersebut dicapai sebulat suara oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Hamid Sultan Abu Bacher di Putrajaya hari ini.

Dalam keputusan penghakiman yang dibaca oleh Hakim Datuk Hasnah Hashim memutuskan Mahkamah Tinggi sebelum ini telah membuat keputusan yang betul berdasarkan prinsip undang-undang selepas mendapati tiada penyelesaian dicapai oleh kedua-dua pihak.

Selain daripada mengekal keputusan Mahkamah Tinggi, Hasnah juga turut mengarahkan Mazlan membayarkan kos RM10,000 kepada FELDA.

Mazlan yang merupakan pemimpin AMANAH dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM350,000 dan kos RM150,000 setelah didapati memfitnah Felda selepas kedua-dua tertuduh menerbitkan buku bertajuk ‘Felda…Dulu Tolong Sekarang Ah Long’

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap