Mayat Kevin Morais ditemui dalam paya hitam dan busuk

Anggota Pasukan Khas Jenayah Terancam (STAFOC) Bukit Aman Asistan Superintendan Badrul Hisyam Abd Hamid yang merupakan saksi ke-31 bagi kes itu berkata mayat itu ditemui berdasarkan maklumat yang diberi oleh tertuduh keenam, S.Nimalan, 23.

Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, saksi itu berkata pada 16 Sept 2015, Nimalan telah memandu arah beliau, Pegawai Penyiasat Asistan Superintendan Wan Abdullah Wan Said, jurugambar, pasukan forensik termasuk penyelam dan anggota bomba ke sebuah kawasan di Subang Jaya, yang terletak hanya 10 minit dari Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.

Beliau berkata lokasi itu, yang agak sunyi dan tidak mempunyai penempatan, merupakan sebuah kawasan berpaya dikelilingi semak samun, lalang setinggi paras bahu dan terletak bersebelahan jalan raya menuju ke kawasan perindustrian.

“Sampai di sana, tertuduh dengan kedua-dua tangannya bergari di hadapan telah dibawa keluar dari kenderaan dan dibawa ke kawasan paya. Dia kemudian berkata ‘dekat sini tuan’.

“Tempat yang tertuduh tunjukkan terdapat kesan lalang seperti ditekan dan tayar kenderaan,” katanya pada perbicaraan kes pembunuhan Kevin Morais, yang masuk hari ke-21 hari ini. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap