Ketua Polis negeri, Datuk Dr Ab. Rahman Ismail berkata, kedua-dua mangsa ditemukan oleh penduduk kampung kawasan berkenaan kira-kira pukul 9.30 malam dan 10.30 pagi tadi.
Katanya, setakat ini, tanda-tanda indentiti kedua-dua mangsa sudah dikenalpasti dan proses pengecaman akan dibuat kedua-dua keluarga masing-masing yang dalam perjalanan ke sana.
Ujarnya, mayat Amir Azfar Rafa, 13, ditemukan terdampar oleh penduduk kampung di pantai berkenaan kira-kira pukul 9.30 malam tadi.
“Mayat kedua, Ahmad Haziem Anizam, 14, pula dijumpai pada pukul 10.30 pagi tadi. Jarak antara kedua-dua mayat yang dijumpai lebih kurang lima kilometer. Jarak antara Pantai Tok Bali dengan Pantai Tak Bai kira-kira 90 kilometer.
“Kedua-dua mayat kemudian dibawa ke Hospital Narathiwat untuk proses pengecaman kedua-dua keluarga yang terlibat,” katanya di Kota Bharu pada Sabtu.
Dalam kejadian Ahad lalu, Amir Azfar dan Ahmad Haziem dilaporkan lemas ketika mandi manda di pantai Tok Bali kira-kira pukul 4.15 petang.