Mayat dua remaja ditemui dalam kereta

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Baru, Supt Setapa Yusof berkata, mayat kedua-dua mangsa, masing-masing berusia 18 tahun, ditemui terbaring – seorang di bahagian depan dan seorang lagi di bahagian penumpang belakang kereta.

“Kami dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu oleh orang awam pada 5.55 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mangsa dikenali sebagai Mohamad Sharul Nizam Hasbullah beralamat di Kampung Gertak Sagu dan Nik Muhammad Hafiz Nik Zam Zam dari Kampung Panchor, Kemumin.

Setapa berkata, pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kecederaan pada kedua-dua mayat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat kedua-dua remaja itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap