Seorang lagi anggota yang masih hilang sejak Isnin itu adalah Koperal Johbartlee Kanil, 32, dari Kota Marudu, Sabah.
Terdahulu, penemuan mayat tersebut disahkan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat kepada Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) di KD Sri Gombak di ibu negara, Khamis.
Kata Ahmad Kamarulzaman, mayat mangsa ditemui kira-kira 30 kilometer dari Pulau Perak.
Dalam kejadian jam 4.40 petang itu, Johbartlee dan Mohd Faizol didapati hilang selepas terjatuh ke laut ketika sedang mengambil air.
Kedua-dua mereka dari Batalion ke-4 Rejimen Renjer Diraja (4RRD) berpangkalan di Kem Oran, Perlis masing-masing ditugaskan di Pulau Perak sejak sebulan lalu.