Maut ketika dalam perjalanan ke majlis konvokesyen sendiri

Nurul Azmina Alias, 21, beralamat di Flat Sri Melaka, Cheras sedang memandu Proton Perdana V6 dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, kereta mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas.

“Kereta mangsa terjunam ke dalam parit sedalam kira-kira dua meter,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu membantu mengeluarkan mayat mangsa dari keretanya sebelum dihantar ke hospital berdekatan.

Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas, katanya. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia