Mati rentung di plaza tol

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, kereta dinaiki mangsa berusia 50 tahun itu merempuh tembok tol berkenaan sebelum kereta terbabit terbakar.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.39 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

“Seramai enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta terbabit didapati sudah terbakar 100 peratus dan pemandunya didapati rentung akibat kebakaran itu,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.- Harian Metro

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia