Masyarakat Cina kembali sokong BN

Bagaimanapun kata Adenan, sama ada jumlah sokongan itu mencukupi untuk menyokong calon-calon ‘pasukan Adenan’ dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijadualkan Sabtu, beliau tidak pasti.

Beliau sekali lagi mengulangi komitmennya untuk memberi peluang kepada wakil pemimpin Cina untuk berada dalam kabinetnya kelak sekiranya calon-calon tersebut berjaya memenangi kerusi yang mereka tandingi.

Susulan daripada itu kata Adenan, pengundi Cina perlu membuat pilihan sama mereka mahu wakil daripada masyarakat Cina berada sebahagian daripada kerajaan membantu kaum tersebut atau terus berada di luar kerajaan.

Sementara itu, beliau juga mahu pengundi berhati-hati dengan propaganda pembangkang pada saat akhir demi meraih undi, seperti mana mereka lakukan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Mengambil contoh isu royalti kononnya kerajaan Persekutuan tidak akan berunding lagi, Adenan menegaskan kenyataan itu trlah disalah tafsir.

“PM kata isu royalti tidak akan dirunding ketika ini disebabkan kejatuhan harga minyak. Selepas harga minyak stabil, rundingan akan diteruskan semula,” katanya.

Related posts

PRN Sarawak ke-11 telan belanja RM135.6 juta

Itu hak Adenan – Masing

Nazri umum peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting PBB Pantai Damai