Perkara berkenaan disahkan melalui Twitter Lawyers for Liberty hari ini.
“Maria sudah keluar! Sah!” memetik Twitter berkenaan.
Malah dalam Twitter berkenaan juga, Maria juga dilihat sudah selamat berada di rumahnya dan disambut oleh anak-anak beliau.
Maria sebelum ini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) pada 18 November lalu iaitu sehari sebelum berkangsungnya perhimpunan BERSIH 5.0.
Pada 22 November lalu, peguam yang mewakili Maria memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi bagi memohon pembebasannya dari tahanan.
Permohonan habeas corpus bagi pembebasan Maria akan di dengar Mahkamah Tinggi, pada 29 November ini.