Maria Chin bukan orang biasa, kata Annuar Musa

Annuar mendakwa, mengenali pemimpin kumpulan masyarakat sivil itu, Maria Chin mempunyai kaitan dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat melalui penglibatannya dalam beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjadi alat agensi tersebut.

Annuar mendakwa, Maria Chin pulang ke Malaysia dari London sekitar tahun 1980an dan terlibat dengan NGO dinamakan National Institute for Electoral Integrity (Niei). 

Beliau mendakwa Niei dan Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel) ditaja oleh Asia Foundation merupakan jaringan The National Citizens’ Movement for Free Elections (Namfrel) dan Asian Network for Free and Fair Elections (Anfrel).

“Bekas pegawai CIA, Philip Agee mendedahkan Namfrel dan Aanfrel adalah ‘tool CIA’ bertopeng di sebalik slogan ‘kuasa rakyat’,” katanya, melalui posting Facebook miliknya.

“Modus Operandi CIA kini telah diambil alih oleh badan baharu yang dinamakan National Endowment For Democracy (NED).”

Annuar juga mendakwa Maria Chin terlibat dengan NGO-NGO hak asasi manusia dan feminisme yang pro dengan kegiatan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). Antaranya; Women Development Collective (WDC); Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) dan Sister In Islam (SIS)…antara aktivis SIS adalah Marina Mahathir,” kata Annuar.

“Ternyata beliau bukan orang biasa tapi merupakan seorang yang punyai latar belakang yang perlu di teliti lebih lanjut,” katanya lagi.

Maria Chin kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Beliau ditahan di bawah Seksyen 4 Sosma dan boleh berlanjutan selama 28 hari untuk tujuan penyiasatan.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri